Popular Posts

Wednesday, June 23, 2010

Kita Ini Umpama Sebatang Buluh.

.

Sebatang buluh yang inda tumbuh di halaman rumah seorang petani. Batang buluh ini tumbuh tinggi menjulang di antara batang2 buluh lainnya. Suatu hari datanglah si petani yang empunya pohon buluh itu.

Dia berkata pada batang buluh, "wahai buluh, mahukah engkau kupakai untuk menjadi paip saluran air, yang sangat berguna untuk mengairi sawahku?"

Batang buluh menjawab, "Oh, tentu aku mahu bila dapat berguna engkau, Tuan. Tapi ceritakan apa yang akan kau lakukan untuk membuatku menjadi paip saluran air itu."

Si petani menjawab, "Pertama, aku akan menebangmu untuk memisahkan engkau dari rumpunmu yang indah itu. Lalu aku akan membuang cabang2mu yang dapat melukai orang yang memegangmu. Setelah itu aku akan membelah2 engkau sesuai dengan keperluanku. Terakhir aku akan membuang sekat2 yang ada dalam batangmu, supaya air dapat mengalir dengan lancar. Apabila aku sudah selesai dengan pekerjaanku, engkau akan menjadi paip yang akan mengalir air untuk mengairi sawahku sehingga padi yang ku tanam dapat tumbuh dengan subur."

Mendengar hal ini, batang buluh terdiam seketika agak lama...kemudian ia berkata kepada si petani, "Tuan, tentu aku akan merasa sangat sakit ketika engkau menebangku. Juga pasti akan merasa sangat sakit ketika engkau membuang cabang2ku, bahkan lebih sakit apabila engkau membelah2 batangku yang indah ini, dan pasti tak tertahankan ketika engkau mengorek2 bahagian dalam tubuhku untuk membuang sekat2 penghalang itu. Apakah aku akan kuat melalui semua proses iti, Tuan?"

Petani menjawab kerungsingan batang buluh itu, "Wahai buluh, engkau pasti kuat melalui semua itu, kerana aku memilihmu kerana engkau paling kuat dari semua batang pada rumpun ini. Jadi bertenanglah."

Akhirnya batang uluh itu menyerah dan redha, "baiklah Tuan. Aku ingin sekali berguna bagimu. Ini aku, tebanglah aku, perbuatlah sesuai dengan yang kau kehendaki."

Setelah petani selesai denganpekerjaannya, batang buluh indah yang dulu hanya menjadi penghias halaman rumah petani, kini telah berubah menjadi paip saluran air yang mengairi sawahnya sehingga padi dapat tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang banyak.

Pernahkah kita berfikir bahawa dengan masalah yang datang silih berganti tak habis2nya, mungkin Allah sedang memproses kita untuk menjadi indah didepanNya? Sama seperti batang buluh itu, kita sedang ditempa, Allah sedang membuat kita menjadi manusia yang berguna. Dia sedang membuang kesombongan dan segala sifat kita yang tak berkenan bagiNya. Tapi jangan khuatir, kita pasti kuat kerana Allah tak akan memberikan beban yang tak mampu kita pikul. Jadi mahukah kita berserah pada kehendak Allah, membiarkan Dia melakukan sesuatu di dalam diri kita untuk menjadikan kita alat yang berguna bagiNya?

Seperti batang buluh itu, mari kita berkata, "Ini hambaMu ya Allah, perbuatlah sesuai dengan yang Kau kehendaki. Hamba bersedia menempuhinya."

0 comments

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment