Popular Posts

Monday, May 31, 2010

sementara masih ada waktu....

.
0 comments

Hidup kita sebagai hambaNya hanyalah seketika cuma..
Untuk mendapatkan kebaikan tidak kira di mana jua kita berpijak di landasan kehidupan ini berbudilah kepada sekalian makhlukNya supaya kita mendapat keberkatan n kebaikan yang berpanjangan..

Lahirkan ia dengan perasaan yang telus bukanlah dengan perasaan yang penuh dengan kebencian, kepura-puraan n hidup untuk menyakiti di antara satu sama lain.. Bukankah tiap apa yang kita lakukan pastinya akan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang kita lakukan..

Nyata sebagai hambaNya yang kerdil ini kita sering alpa n acap kali melakukan kesilapan sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak sedar.. Walau bagaimanapun, sakit di mana2 bahagian hilang lukanya n bisa dirawat.. akan tetapi luka di hati tidak akan pernah dirawat n sembuh lukanya jika seseorang itu memendam sejenak rasa yang tersimpan di hati nya akibat rasa luka yang di alami..

Hari ini kita mampu tersenyum dengan menyakiti orang lain dalam keadaan sedar n waras. esok..?belum tentu kita mampu ketawa seperti hari semalam kerna yang ada untuk hari esok belum tentu akan wujud jika nyawa kita sudah sampai n di kembalikan kepada tempat asal kita.. Apakah kesalahan yang kita buat pada hari2 sebelum ini telah kita menyesali n menginsafi perbuatan kita..?

Mampukah untuk kita menebus kesalahan yang paling berat yang pernah kita lakukan pada seseorang walaupun hanya dengan ungkapan maaf..? Sukar untuk memaafkan ia sedangkan hati telah sarat dengan rasa sakit..

Pemergian nya hanya mampu di maafkan tapi tidak mudah untuk aku lupakan setiap perbuatannya kepadaku.. Terlalu sakit untuk ditelan, rasa terkilan ini belum mampu aku buang jauh kerna hati kaget untuk menerimanya..

Aku jua insan biasa yang acap kali melakukan kesilapan, kadang ku jatuh.. rasanya amat sakit..tanpa dahan untuk aku memaut di atas kejatuhan ku.. hanya doa yang mampu aku panjatkan kepadaNya atas kegagalan dugaan n cabaran aku dalam meniti kehidupan yang penuh dengan suka n duka, ujian n cabaran serta dugaan..

Mudah2an aku mampu menjadi insan yang baik mampu menyenangkan hati semua pihak,,,
Tidak mengapalah sekiranya orang tidak dapat menghargaiku n seringkali memperdayakan aku kerna aku ini seperti insan yang daif di mata mereka..

Semoga iman ku teguh n kuat dalam mengharungi segalanya.. Pada si dia.. aku telah maafkan nya tapi sukar bagiku untuk menerimanya dengan sekelip mata..
Semoga jua roh mu di cucuri rahmat.. amin...

readmore »»

Thursday, May 27, 2010

Gerak Geri cinta

.
0 comments

Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang mampu terucap dengan kata2. Cinta yang di semadikan tidak mungkin akan layu selagi ada imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar menanti hari esok agar masih wujud. Parut yang lama pastikan sembuh selagi 'Iman' terselit di dada.. Cinta yang datang umpama bianglala ceria n 7 warna yang seakan memukau pandangan.

Saat bayu berlagu riang, tika itulah cinta hadir. Apabila mata melihat seseorang, seseorang yang akal mewarnai kehidupan yang seketika muram..


readmore »»

CINTA ITU INDAH

.
2 comments

Cinta datang n pergi tanpa kita menyedari kedatangan n pemergiannya..
namun begitu tika melayari erti kebahagian dalm dunia percintaan harus di ingatkan bahawa tidak kesemuanya akan menjadi manis n segar, cantik n harum... Segalanya akan berubah apabila wujudnya ketidakfahaman di antara satu sama lain n keegoaan mula bermaharajalela di dalam diri salah satu pasangan..

Cinta adalah satu anugerah yang amat berharga kerna cinta ini bukan sahaja lahir kepada manusia sahaja akan tetapi cinta ini lahir kepadaNya kerana cinta kita kepadaNya adalah cinta yang kekal n abadi... Cinta kepada manusia adalah cinta yang saling melengkapi kekurangan yang terdapat dalam diri pasangan kita dengan sebaik mungkin bukan lah melahirkan rasa ketidakselesaan yang boleh mengakibatkan salah satu pasangan kita berasa terluka.. Cinta pada haiwan juga amat bermakna di mana melahirkan rasa belas kasian n simpati kepada setiap haiwan..

Jadi cinta itu sebenar unik n tidak pada satu sahaja cinta itu akan lahir malah cinta itu meluas n indah.. janganlah kita mengabaikan apa yang ada dalam diri kita dengan melukakan orang lain sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak sedar..

Rasa kehilangan itu sebenarnya akan terasa jauh kedalam lubuk hati kita di mana dahulu nya keegooan kita dalam mengatakan bahawa 'aku tak akan rasa apa2 sekiranya aku kehilangan dia' namun apabila rasa kehilangan itu menjengah kedalam diri kita barulah kita akan menghargai orang yang telah hilang..

Malangnya rasa itu sudah pun terlambat kerna orang yang kita kehilangan itu tidak mungkin akan kembali... Rasa menyesal itu akan wujud.. Sayangi n hargai lah sebaik mungkin mereka yang kita sayang tanpa ada nya rasa jemu.. Sebabnya kita ini di ciptakan saling melengkapi di antara satu sama lain..

Melengkapi erti kekurangan... Bersama kita renung2kan ia...

readmore »»