Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar di mana kedua2nya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayanyang retak itu hanya dapat membawa air setengah sahaja.
Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si pengankut air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya.
Tentu saja tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu berasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya. Dan berasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kemampuan yang seharusnya dapat diberikannya.
Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si pengangkut air, " Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin memohon maaf."
"Kenapa?" Tanya si pengangkut air. " Kenapa kamu berasa malu?"
Selama dua tahun ini saya hanya mampu membawa setengah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membawa air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana kecacatan itu, saya telah membuatmu rugi," kata tempayan retak itu.
Si pengangkut air berasa kasian kepada tempayan retak, dan dalam belas kasiannya, dia berkata "jika kita kembali ke rumah majikan esuk, aku ingin kamu memerhatikan bunga2 indah di sepanjang jalan."
Benar, ketika mereka naik ke bukit si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga2 indah di sepanjang jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor. Dan kembali tempayan retak iti meminta maaf pada si pengangkut air tas kegagalannya.
Si prngangkut air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu mememrhatikan adanya bunga2 di sepanjang perjalanan sisimu tapi tak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu. Irtu kerana aku selalu menyedari akan kecacatanmu. dan aku memanfaatnya. Aku telah menanam beni2 bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, bahagian kamu yang retak mengairi benih2 itu.
Selama dua tahun ini aku telah memetik bunga2 indah itu untuk menghias meja majikan kita.
Sesungguhnya tanpa kamu, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."
Setiap daripada kita memiliki kecacatan dan kekurangan tersendiri. Kita semua adalah tempayan retak namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma, jangan takut akan kekurangan mu. Kenalilah kelemahanmu. Ketahuilah didalam kelemahan kita, kita menemukan kekuatan kita.
Popular Posts
-
Cinta datang n pergi tanpa kita menyedari kedatangan n pemergiannya.. namun begitu tika melayari erti kebahagian dalm dunia percintaan harus...
-
Seorang pengangkut air memiliki dua tempayan besar di mana kedua2nya tergantung pada hujung pengandar di bahunya. Satu dari tempayan itu ret...
-
Hidup kita sebagai hambaNya hanyalah seketika cuma.. Untuk mendapatkan kebaikan tidak kira di mana jua kita berpijak di landasan kehidupan i...
-
Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang mampu terucap dengan kata2. Cinta yang di semadikan tidak mungkin akan layu selagi ada im...
-
Sebatang buluh yang inda tumbuh di halaman rumah seorang petani. Batang buluh ini tumbuh tinggi menjulang di antara batang2 buluh lainnya...
Monday, June 21, 2010
Kita ini tempayan retak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment